#throwbackapril: Pre-engaged stuff
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Well, susulan daripada cerita pasal mak ayah aku yang dah tak macam dulu hari tu, ok sebenarnya it's a good thing. Nak cakap yang diorang ni change for good. Bayangkan setahun lebih aku berjuang demi cinta sejatiku (phuuiii), macam-macam halangan, macam-macam dugaan, air mata pun tak tahulah berapa galen dah tumpah berderai dan 1 April hari tu memang fool-lah segala-galanya. Sekelip mata Allah balikkan hati and it was like magic because you never see how hard my mother's heart was. I swear. I almost think that she will never ever going to restu our relationship LIKE EVER!
Sungguh betui punya EVER tapi bila 1 April hari tu I decided to bring Sofian and his family balik kampung jumpa atok, maka segala drama dan air mata selama setahun lebih ini pun berakhir. Dan hari itu jugalah ayah umumkan untuk tunangkan aku dengan Mohd Sofian pada 22 haribulan April nanti. Like seriously ke Ocha? Yup, seriously (muka cool sangat sangat padahal...)
Dan siapa tahu, seorang wanita yang hatinya dulu sekeras keras keras batu kerikil dan segala jenis batu yang ada diatas muka bumi ini akhirnya lembut dengan sekelip mata. And if you ask me for more details, I swear I only can give you one reply, ALLAH MAHA BESAR. He just want us to make some effort. And eventually, He will help. Alhamdulillah.
Maka berkumpullah tiga ketul anak-beranak ini di rumah acu. Sebab masa dah suntuk sangat-sangat nak buat preparation untuk kenduri within 22 days. So tak banyak benda yang sempat nak disiapkan. Even dulang hantaran pun pinjam acu punya je.
Part persiapan tu tak kisahlah. Yang pentingnya tu haaa.
Looking at her smile dah cukup puas dah hati aku ni.
Apatah lagi bila seramai-ramai join senyum macam ni.
Dan alhamdulillah cari baju pun tak susah. Yang pertama fitting terus berkenan. So, even pusing banyak-banyak kedai pun, dalam kepala tetap teringat yang first fitting tadi maka belilah yang first fitting itu sahaja.
Dan paling penting, barang-barang masak untuk kenduri. Pada hari kejadian kejadahnya kau nak bagi orang makan apa kalau tak masak? So, muka-muka yang banyak bertungkus lumus untuk kenduri, mereka-mereka di atas inilah orangnya. Terima kasih semuaaaaaaa...
Of course paling penting, the picture of his very first present for me.
Satu-satunya barang yang dia beli untuk aku and yang paling mahal (so far)
Well yes, it's fun sometime to be a woman.
(blownails).
Nanti kita sambung lagi ok. Nama pun pre-engaged stuff sahaja. Ok lah bye!
Comments
Post a Comment