First ever Island Mall together


ASSALAMUALAIKUM WBT


Finally finally selesai marking dua subjek. Total, 80 answer booklets dalam masa dua hari tahniah kepada diri sendiri sekarang baru sedar tips and trick untuk mudah menanda kertas peperiksaan ialah dengan memberi soalan yang mudah. Oh mai itu pun ada je anak-anak aku yang tulis jawapan ntah hape-hape but leave it leaveit I bukan nak cakap pasal exam di sini, nak cakap pasal Pulau Kukup iaitu sejenis Pulau di Johor a.k.a sejenis pulau pertama yang dilawati oleh Ain Nathasha dan Mohd Sofian so I guess kena belog! Hailaa... bongoknye alasan.





So lets take a simple tour walaupun belog ini bukan belog untuk orang travel dan bukan untuk siapa-siapa pun maka ayat 'lets take a tour' tadi tu ditujukan kepada diri sendiri. Kenapa tajuk sangat gedik 'first ever Island together'? Pasal selama kenal dengan Sofian ni, jaranglah dia nak bawak aku holiday yang ala-ala adventure. Biasa kalau outdoor mesti outdoor tu tempat yang secure punya, like mesti ada food court ke, ada pondok nak teduh-teduh, ada tempat duduk, kalau jungle tracking ke camping  ke, hiking ke, aaahhh lupakan. Dan disebabkan ini pulau pertama yang aku pergi dengan Sofian (except Pulau Pinang) jadilah tajuk macam tadi tuuu...





Tengok cara duduk pun dah nampak kan dia ni sejenis lelaki laid back yang macam mana?





Tapi laid back macam mana pun, bila kau kerah-kerah, pujuk-pujuk, eventually dia nak jugak ikut (sebab tu sayang). In fact idea nak pergi Kukup ni dialah yang mulakan dulu. Because Johor is so big you know and it's impossible nak tour satu negeri dalam masa sehari maka kali ni pergi belah Nusajaya sana.





So this is the entrance. Lawa kan view. 
Kot rasa-rasa nak gempak sikit boleh buat wedding photoshoot dekat sini.





Lepas entrance tadi, akan jumpa signage ni pulak.
Kira macam landmark lah nak bagitau 'aku dah sampai Kukup ok, kau ade?'.
(apehal gaya macam tu?)





Basically, Pulau Kukup ni hanyalah sebuah pulau yang menempatkan tanaman pokok bakau yang sangat besar kapasitinye (amboi ayat buku teks). Dekat gambar atas ni boleh tengok ada signage dia kata 'the largest mangrove island in the world' so maknanya ini pulau paya bakau terbesar di dunia ok. And captured by Sofian pada ketinggian berapa meter dari paras laut I'm not sure but high enough to make me so gayat. Menara ni salah satu daripada cek point cek point yang kita akan jumpa semasa tour dalam ni.





Yang ni pun sama. Lebih kurang macam manara tinjau, tapi tak setinggi menara yang tadilah. (gambar pandang belakang sebab masa ni ada bunyi mencurigakan) haha. Tips kalau nak pergi, digalakkan pergi beramai-ramai. Sebab tengah-tengah pulau dan hutan bakau ni kau tak tahu apa ada dalam tu like I swear sepanjang jalan-jalan dalam Pulau Kukup ni kepala aku asyik terbayang cerita Anaconda, cerita Pirates of The Caribbean, cerita The Hunger Game tapi acah-acah berani je. 





Ok sambung balik pasal menara.
Yang ini full view, dari bawah.





Yang ni pun salah satu daripada laluan dalam pulau ni. Nice kan architecture dia. Tu pasal tadi aku cakap kalau nak buat wedding photoshoot kat sini pon not bad. Kau photoshoot tepi longkang pun boleh jadi art, apatah lagi shoot kat tempat-tempat yang memang view cantik macam ni.




Tapi pastikan pakai pakaian yang bersesuaian. Macam aku dok merenyam pakai sweat shirt konon-konon comel sekali panas membahang mencurah-curahlah peluh ke ladang gandum. Dan bawak air masak kalau perlu. Dalam tu takde kedai-kedai restoran apa bagai ye. Air je, jajan-jajan takyah. Kang disambar kat monyet-monyet dalam tuh nanti. Eh, tapi jangan risau, monyet kat Kukup ni tak seramai macam aku pergi Lumut dulu. Kot rajin cubalah cari entry pergi Lumut. Ada scene monyet dalam tu aku letak.





Dan lepas mengkukup, aku ajak Sofian ke JBCC Mall sebab sajalah ngengada konon acah-acah nak have fun macam budak kecik pergi Angry Bird Theme Park sekali tengok harga tiket... 





Nah kau tersandar. Ambek gambar dengan angry bird je mampu. 
Jadi bahan gelak si Sofian je.





JBCC Mall ni pun kena rekod as our first mall visit in JB. Hari tu JPO konsep dia lain sikit, ini mall, like mall yuno maaaaallll, you know what I mean right. And by the way, gambar aku sampai ada tiga pasang baju tu sebab lepas pergi kukup, tukar baju sebab tak selesa peluh-peluh, lepas tu masuk JBCC tersangkut dekat Brands Outlet beli plaid shird selai dan sofian pun daripada baju oren tadi tibe-tibe dark green kan eh lepas tu fefeeling bila pakai t-shirt fit macam tu menyerlahkan tangan yang sasa amboi kau cuba cek perut kejap haaaa... ok bye sekian cerita pulau pertama dan mall pertama menyesal baca kan padan muka siapa suruh baca.




Comments