Putrajaya IKEA


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Kenapa mesti mulakan dengan aktiviti jalan-jalan? Sebab tak ada benda sangat nak cerita sebenarnya. Tapi ada banyak sebenarnya. Tapi macam belum boleh nak tunjukkan perasaan teruja tu sebenarnya. Sebab tu kena hint-hint je dulu.






Gambar atas ni dekat Morocco Putrajaya. Morocco town yang dibina ala-ala Morocco sebenar tu tapi banyak lagi gambar tapi sebab tak nak pembaca rasa menyampah so upload satu je cukuplah walaupun pembaca tu hanyalah diri sendiri.





Sebab lately sebenarnya rajin dua orang ni pergi survey-survey barang rumah, perabot dan seisi dengannya sebab tulah pergi Putrajaya hari tu. Padahal jalan-jalan dalam 101 City Mall je pun tapi dekat ground floor tu kan banyak pusat perabot acah-acah IKEA gitu maka dah makan masa berapa lama sudahnya nak pergi Taman Botani main basikal pun dah tak sempat tu pasal laa masuk Morocco.





Lepas tu sejenis addiction ke macam mana ntah the next next next week kebetulan beli barang-barang Mohd Sofian dekat Shah Alam dan on the way balik tu macam teridea tiba-tiba nak melepak IKEA so I terus on waze maka ke IKEA lah kami. IKEA Cheras yang baru tak berapa nak baru tu tapi boleh tahan jugaklah macam Damansara. Dan mulalah macam-macam terbekenan kat mata tu. Dan mulalah berangan...






Berangan nak kabinet tv macam ni sebab tak mau kabinet tv besaq-besaq cukup gantung kat dinding dah.






Berangan nak buat konsep ala-ala green macam ni dekat dapur ke backyard ke walaupun dan walaupun fake aaahh bedal jelah.






Lepas tu berangan nak lampu canggih-canggih dengan harapan mampu menerangi masa depan.






Satu letak kunyit. Satu letak garam. Satu letak gula. Satu letak tepung. Satu letak rempah kari, rempah kurma, rempah ratus, perencah sup, kulit kayu manis, buah pala, bunga lawang hey hey hey!






Eh set pinggan mangkuk pun memanggil-manggil dengan sangat menggoda tinggal nak pilih kaler je tu.






Maka muncullah muka menung begitu. 
Hey awak, tu belum rembat debit kad lagi taw.
Baru berangan je rilek lah.






Dan last last last sebelum balik sebab cliche macam siapa-siapa pergi IKEA pun mesti nak snap gambar dekat section warehouse ni maka I pun rembatlah ntah siapa punya troli ntah dan acah-acah gigih bershopping padahal dalam hati seriously that will be future planner I mean tak lama dah lah tu haaa. Well, memang sedang dalam perancangan untuk membeli rumah dan bersiap-siap untuk rumah tapi itu sampingan-sampingan dululah sebab kena dahulukan mana yang wajib macam contoh kahwin dan kahwin dan kahwin apa indahnya ke IKEA tanpa dompet suami yang bukan milikmuuu...





Comments