Throwback February - part 1 - a wedding to go!
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Starting new year (still new) with a list full of weddings. Kenduri kendara sana sini. Yang terawal dalam list, kenduri Aidi dan Mutashabiha a.k.a adik MSM (pernah sebut pasal MSM ke? - lupa). Well, insyaAllah bakal adik ipar dan ipar duai sekali la tu. Amin cepat!
Captured before their wedding. Around dua bulan sebelum nikah dorang ni kalau tak silap. Anyway, berani bergambar sakan dekat belakang rumah ni bukan apa, sebab masa ni mak abah MSM tak ada kat rumah, adik dia pun tak ada, dengan dia-dia sekali merayau setelkan pasal kenduri dorang ni, maka aku pun dengan gigih mengambil kesempatan dengan para-para gadis. Melakukan lagak negeri mengopek kelapa demi anak buah pipi paw tercinta (dan-dan tercinta).
Dan sempena Tahun Baru Cina hari tu, dorang pun selamat diijabkabulkan. Tahniah to both of you.
Tu, gambar malam menikah. See the transformation sebelum dan selepas dua gambar tadi?
Dan hari kenduri belah perempuan. Maaf, tak boleh reveal driver lagi. MSM masih under supervision. Tengok lengan yang two-tone pun tau. Just finished his orientation few days and balik kampung terus tolong-tolong kenduri. Driving all the way to Temerloh. Seminggu cuti raya cina tak duduk diam dia. Dasar gigih level berapa ntah aku pun tatau.
And really, from Temerloh to Kuantan. Memang ambil kesempatan sungguh datang ke Pahang ni. Padahal sejam lebih jugak perjalanan. And I bet manusia waras takkan buat datang jauh-jauh semata nak tengok laut bergelora...
Apa benda dating tengok laut macam ni? Terus tak jadi nak fefeeling. Dah kalau anginnya kategori buas tahap nak bukak mata pun tak boleh acanno?
Sebenarnya suruh dia ambek gamba buat muka tido.
Tapi turned out aku tido sorang-sorang yang awak celik tu apahal hah?
Gaya gigih nak selfie walaupun ribut taufan melanda depan mata.
Sebab dah give up dengan ribut yang asyik spoil kan tudung, gambar kaki pon jadilah.
Hah, nak spoil kaki jugak ke???
So, the following week, majlis rumah pengantin lelaki pulak a.k.a adik MSM. Tak dan nak datang merewang ke mengarok-ngarok malam tu, datang siangnya masa kenduri pun jadilah. Gambar pun tak berapa nak ada sebab semua pun sibuk layan tetamu, termasuklah hakak ni haaa dah macam tuan rumah pun ada gamaknya.
Goody bags lady on duty!
Ini je gambar cantik-cantik (kalau cantiklah) atas pelamin. Masa semua orang pun dah balik. Yang tinggal sisa-sisa tuan rumah dan saudara-mara je. Si MSM masa ni pun dah terbaring depan pintu rumah (tak ada port lain agaknya nak nappy-nappy) maka aku pun gegedik dengan mimipipipaw dekat pelamin. Orang tak ada bolehlah gegedik.
Kalau ada pun, gambar sebelum balik malam tu. Nak gambar dekat pelamin punya pasal. Kain batik dengan kain pelekat pun sesah jelah.
And sebab pelamin dekat rumah pengantin perempuan haritu sangat lawa, aku letak jugaklah walaupun few snap yang ada memang candid habes dan hanya dipenuhi dengan anak-anak buah yang buas dan dengki sungguh nak tengok pengantin dengan bakal pengantin bergambar bersama. Alahai anak-anak. Nasib baik comel kalau tak lama dah aku picit seketul-seketul yuno.
Why do I find these pictures are so funny?
Anak-anak penyeri rumah tangga katanya.
Ok. Cukuplah pasal kenduri kawen ni. Somehow, wedding sounds like a nightmare for me. Nampak dalam movie macam indah je, macam senang, they do looks so happily ever after. But in reality, God knows there's no such easy way to get His Jannah. A lot to sacrifice and so much more tears to be dropped. I wish you can be tough dear MSM. I will hold on to you, as long as you hold onto me too.
Dear readers, doakan kami.
Drama-drama belum boleh reveal lagi.
Once dah halal, insyaAllah. I will tell the journey.
Comments
Post a Comment