Throwback February - part 2 - Missing her.


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




28th January. Twenty sixteen. Another big thing happened in this year. Pagi khamis tu aku baru je log in dekat office. Tiba-tiba ayah call. As soon as I picked up the phone, his first sentence was, "Wan kau dah tak ada, long." No words for second. "Innalillahi wa innailaihi roji'un, along balik sekarang." Dalam hati tak putus sedekahkan al-fatihah untuk wan. Singgah Nilai, ambik baju sikit, because I will definitely take leave until weekend.





Alhamdulillah, aku antara orang terawal sampai di kampung. Jenazah wan pun belum sampai dari hospital lagi. Oh, she was admitted at Hospital Tampin few days before. Sakit tua. And it's been few month since wan sakit. Cuma, beberapa malam sebelum tu hati aku macam tak berapa nak sedap. Reading updates from family group whatsapp makes my nerves wrecking so hard. Tapi dia pergi dengan tenang. Di pangkuan anak-anak dia, termasuklah ayah.





Masa aku taip entry ni, tiba-tiba aku rindu wan. Tak banyak moment aku dengan wan masa dia hidup. Aku pun bukanlah cucu yang paling rapat dengan dia. Tapi bila balik kampung, I always feel warm even just sitting besides her. Sembang-sembang dengan wan, sambil urut kaki dia, dengar cerita dia. And because of her as well, I got to know MSM. Itu nantilah aku cerita.
































Well, these are some of the pictures taken on that day. It was hot and bright sunny day. Padahal beberapa hari sebelum tu hujan je. Perhaps, Allah permudahkan segala urusan. Alhamdulillah, it was smooth. Tak ada sulit apa-apa sepanjang menguruskan jenazah wan. Daripada anak menantu, sampailah ke cucu, saudara mara jauh dekat semua datang bantu. Semoga Allah membalas jasa kalian. Dan semoga Allah tempatkan wan di kalangan para solihin. 





Al-Fatihah.






Genap tiga hari kenduri tahlil, hari keempat saudara mara masih berkumpul dekat kampung, berkumpul adik-beradik bukan selalu dapat macam ni. Sempat singgah air terjun dekat Gunung Datuk bawak anak-anak buah, adik-adik sepupu semua, biarlah orang-orang tua bercerita di rumah. Kita jaga adik-adik yang bawah ni supaya tak dengar masalah.











Tu, geng-geng power rangers versi overweigh dengan underweigh. 
Tak ada yang sedang-sedang depa ni. Steghess!






Dear wan,
We will forever missing you. 
We will forever do.
Al- Fatihah



Comments